Tuesday, December 7, 2010

Anda Mesti Dapatkan Produk Percuma Ini Sekarang...

Mahukah anda mempunyai mempunyai sistem Landing Page,Surat Jualan,Grafik dan E-cover yang menarik berserta Master Resale Rights & seterusnya menjimatkan masa anda dalam membina sesebuah Minisite dan Landing Page???

Anda pening kepala untuk menghasilkan landing page dengan cara mudah dan menghadapi masalah dengan masalah copyright untuk membina minisite,landing page,e-cover dan grafik untuk menarik perhatian umum ?...

Kini anda tidak perlu lagi membazirkan masa anda selama berjam-jam untuk menyiapkan sebuah landing page/minisite segera berserta grafik dan cover yang menarik untuk menarik perhatian umum...

Dapatkan Pakej Yang Anda Harus Miliki ini secara PERCUMA:

Pembongkaran Rahsia 15 Strategi PLR

Assalamualaikum/Salam Sejahtera kepada pembaca blog saya,

Pada post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda produk PERCUMA terbaru. Saudara Khairul Hazwan baru sahaja melancarkan ebook terbaru beliau yang bertajuk "Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar".

Ebook ini berkaitan dengan Private Label Rights (PLR).

Anda akan diterangkan dengan jelas dan terperinci tentang PLR dalam ebook terbaru saudara Khairul Hazwan ni. Secara amnya produk-produk PLR ini memberi hak kepada anda untuk mengubah secara keseluruhannya isi kandungan produk tersebut.

Dengan produk PLR anda boleh jadikannya sebagai produk anda sendiri. Kadang-kadang
kelebihan-kelebihan seperti inilah yang ramai usahawan internet tidak sedar. Dalam ebook terbaru saudara Khairul Hazwan ni, ada diterangkan lagi kelebihan-kelebihan produk-produk PLR yang lain selain penyelesaian masalah penciptaan produk sendiri.

Tahukah anda, dengan produk-produk PLR sahaja anda berpotensi membina perniagaan internet anda yang kukuh untuk jangka masa yang panjang seterusnya menjana pendapatan yang lumayan dan konsisten.

Tetapi untuk mencapai matlamat seperti ini, anda haruslah bertindak mengikut strategi-strategi yang betul dan ampuh.

Mungkin juga ada dikalangan anda yang sudah pun memiliki ratusan megabyte produk-produk PLR di dalam simpanan hard disk anda. Anda tak buat apa-apa dengan produk-produk tersebut sehinggakan ia menjadi 'digital dust'.

Bukan anda tak nak buat apa-apa cuma mungkin anda tak tahu dan tak ada idea. Ebook "Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar" akan mendedahkan bukan hanya 2,3 ataupun 4, tetapi 15 strategi-strategi yang boleh anda aplikasikan terhadap
produk-produk PLR yang boleh membantu anda dalam membina perniagaan internet anda yang sebenar.

Berikut adalah isi kandungan ebook 54 mukasurat (pure content) tersebut :

Intro
Bab 1 : Apa Itu PLR
Bab 2 : PLR (Private Label Rights) di Dunia Nyata Offline
Bab 3 : PLR (Private Label Rights) di Dunia Internet Marketing
Bab 4 : Persamaan Industri Kimia dan Internet Marketing
Bab 5 : Jenis-jenis Produk PLR & Kategori Lesen PLR
Bab 6 : PLR : Penyelesaian Masalah Penciptaan Produk Sendiri
Bab 7 : Kelebihan Produk-produk PLR
Bab 8 : Kelemahan Produk-produk PLR
Bab 9 : Panduan Membeli Produk-produk PLR
Bab 10 : 15 Strategi PLR
Penutup dan Santapan Motivasi

Salah-satu daripada strategi yang telah diperkenalkan oleh saudara Khairul Hazwan ialah mencipta ebook anda sendiri menggunakan produk-produk PLR. Anda boleh ubahsuai ebook PLR dan tambah lagi isi-isi yang bermanfaat
kemudian letakkan nama anda sebagai penulis.
Melalui kaedah ini, masa anda dapat dijimatkan lagi dalam mencipta produk anda sendiri.

Menjual ebook di internet merupakan salah-satu daripada model perniagaan internet yang cukup lumayan dan menguntungkan.



Untuk mengetahui 14 lagi strategi yang lain, download ebook percuma ini SEKARANG juga melalui pautan gambar di bawah ini :




ASAL USUL HARI IBU = Hari utk Mother Mary@Maryam





Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU
 
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokong nya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?