Monday, December 6, 2010

Jika anda begini...jgn lah begitu....!!!

Renungkan........ , Hayati dan fahami...

Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya
dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

"salam ukhwah dari "puteri.syurga" membicarakan menjana idea"








Cinta sejati tiada bandingan melainkan cinta pada Allah S.W.T.

Apabila timbulnya masalah dalam sesuatu perhubungan, pastinya masing-masing cuba untuk mengatasinya. Ketika itulah pelbagai cara yang difikirkan. nak merayu, takut tak dilayan. nak minta maaf, takut tak dimaafkan. nak mengharapkan sesuatu, takut harapan tu akan berkecai. susah rupanya bila bercinta. lagi susah apabila orang yang dicintai itu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup. dan bertambah susah lagi apabila orang yang bermakna itu bakal meninggalkan kita keseorangan. hidup dah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya. manusia yang hilang arah tujunya. insan yang hilang tempat untuk berpaut. ibarat pohon yang tiada sokongan. layu lalu terus mati tanpa rasa belas kasihan.


Apabila menyintai seseorang, perkara pertama yang paling diharapkan adalah kasih sayang daripada insan yang dicintai. selain itu, sokongan dan keprihatinan yang diperlukan dalam apa jua keadaan sekalipun terutama sekali ketika berada di saat-saat genting. pada saat kita memerlukan seseorang yang boleh berada di samping kita di kala suka mahupun duka. insan yang kita boleh harapkan. insan yang akan menyayangi kita lebih daripada kasih sayang yang pernah kita perolehi selama ini. kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. dengan kasih sayang itulah, kita mampu berdiri teguh. dengan kasih sayang itu jugalah, kita mampu melawan segala dugaan, rintangan dan ujian yang bakal kita tempuhi.


Kasih sayang itulah yang menjadi penawar dalam hidup kita. biar racun sekalipun yang kita telan, segalanya dapat diatasi dengan kasih sayang tersebut. begitu bermakna sekali kasih sayang itu dalam hidup kita. sekali kita mengecapinya, jangan cuba untuk melepaskannya. kerana sekali kita melepaskan kasih sayang itu, tidak mungkin kita akan perolehi kasih sayang yang sama daripada insan lain biarpun insan itu jauh lebih sempurna daripada yang sebelumnya. sekali insan yang hadir dalam hidup kita adalah insan yang paling kita perlukan, jangan sekali-kali melepaskannya kerana tidak mungkin kita akan berjumpa dengan insan yang sama biarpun insan yang selepasnya dapat memberikan kita kasih sayang yang tidak terhingga. ibarat pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti'. yang tumbuh takkan sama dengan yang patah. begitu jugalah dengan yang menggantikannya. takkan sama dengan yang hilang.


Hidup di alam percintaan memerlukan pengorbanan yang besar. percintaan yang ikhlas kerana Allah S.W.T adalah percintaan yang diredhai dan diberkati, insya-Allah. namun, bukanlah bila bercinta kita sanggup mengorbankan segala-galanya. cinta sejati memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. bukan dengan mengorbankan diri kerana insan yang dicintai, tetapi dengan mengorbankan hati dan perasaan kita hanya kepada insan yang kita cintai. ketika itulah, kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa cinta itu sendiri. lebih-lebih lagi apabila percintaan itu berlandaskan syariat dan batasan-batasan dalam Islam. percintaan yang hanya berlandaskan nafsu dan maksiat adalah percintaan yang sia-sia. bukan setakat hilangnya maruah diri, namun hidup kita tidak dirahmati oleh Allah S.W.T ( nauzubillahi minzalik ). 


Bila bercinta, pastinya hidup ini begitu indah. dalam keindahan itulah, pelbagai ujian yang datang. jika kita bercinta kerana Allah, pastinya kita sedar apa yang kita lakukan. jika kita bercinta kerana nafsu, pastinya syaitan datang mengganggu. kerana itulah, dalam tak sedar kita melakukan maksiat sekalipun hanya berpegangan tangan. mungkin bagi sesetengah manusia, itu adalah perkara biasa. namun, dalam Islam hukumnya tetap haram dan berdosa. kita bukan sahaja dilarang daripada melakukan maksiat, tetapi kita juga dilarang daripada menghampiri maksiat. seperti dalam hadith, "La taqrabuzzina" yang bermaksud 'Jangan menghampiri zina'. sedarlah wahai insan. hidup ini tidak melarang untuk kita berkasih sayang, namun biarlah ada batasannya.


Jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T. insya-Allah perhubungan kita akan diredhai dan diberkati seterusnya berkekalan hingga ke akhirnya. 'Bercinta dengan bunga, bunga akan jadi layu. Bercinta dengan dunia, dunia akan rosak binasa. Bercinta dengan manusia, manusia akan mati. Bercinta dengan Allah, itulah yang kekal abadi'. semoga Allah merahmati segala perhubungan kita. 


Amin...

Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO?

Ini adalah antara persoalan yang popular sejak kebelakangan ini memandangkan kita mengalami kegawatan ekonomi. Kedai-kedai banyak yang tutup kerana tak mampu lagi bayar sewa, dan pekerja.. Pekerja ramai yang diberhentikan kerja.. Dan banyak lagi masalah yang melanda.

Jadi, oleh sebab itu persoalan Bagaimana Buat Duit Di Internet semakin popular memandangkan buat duit di internet tidak memerlukan banyak modal atau boleh bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.
Terkejut tak bila saya katakan ZERO modal?

Ya, seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar baru-baru ini melancarkan sebuah produk Zero Ke Hero iaitustrategi bagaimana beliau menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal..

Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan anda pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri..

Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri..hehe
Manarik kan?

Itu tak cukup menarik..

Yang lebih menarik, beliau kini membuka jualan Zero Ke Hero, berkongsi rahsia kejayaannya di internet dengan umum dan pastinya, ini bukan untuk semua orang..

Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.



Klik saja link diatas dan tonton video Ammar.. Saya pasti, jika anda mendapatkan Zero Ke Hero, anda bakal bergelar Usahawan Internet berjaya tak lama lagi.. Mungkin setahun, sebulan, ataupun seminggu?

Jika anda dapatkan pakej ini dan ambil tindakan, semuanya tak mustahil!



Semoga berjaya!

14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja kerajaan!!!

Salam tuan/puan,

Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan goverment ini?

Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:

1.Elaun perumahan

2.Cost of living allowance (COLA)

3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)

4. Kenaikan gaji setiap tahun

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan

7. Cuti bersalin

8. Pinjaman perumahan

9. Caruman KWSP atau pencen

10. Bersara pada umur 58 tahun

11. Peluang kenaikan pangkat

12. Peluang melanjutkan pelajaran

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.

Akan tetapi bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini jika anda tidak tahu selok belok melepasi temuduganya.

Akan tetapi, saya ada terjumpa panduan yang amat berkesan yang benar - benar merealisasikan impian anda.

Ketahui panduannya di link di bawah sekarang:



Sekian,

PuteriSyurga